Wednesday, November 25, 2009
Hari2 Indah Di JOHOR dan KOTA TINGGI
gambar 1:Dari Johor Bahru nak Ke Kota Tinggi
Gambar 2: Panorama Kota Tinggi
Gambar 3:Sebahagian dari banggunan sek yang bakal dibina
Gambar 4: SK Mawai,Kota Tinggi dimana tempat yang paling best aku mengajar dan mendidik insan insan istimewa
Labels:
gtymawai_2009
Sunday, November 22, 2009
Ingin Mencari " SENDUDUK PUTIH"
Senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama. Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap).Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air.
Jika ingin mendapatkannya bolehlah hubungi saya gty_mawai@yahoo.com
Labels:
gtymawai_2009
Thursday, November 19, 2009
Tahniah Untuk Murid murid SK Mawai
Akar keladi melirik Kasih,
Selasih Tumbuh di Hujung Taman,
Kalungan Budi Junjungan Kasih,
Mesra Kenangan Sepanjang Zaman.
Untuk sahabat sahabat SKM,sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas dan kepada murid murid yang telah berjaya dalam UPSR hari ini serta murid yang tidak berjaya diharapkan agar terus berusaha dan tidak berputus asa kerana selagi kita berusaha pasti kejayaan akan berpihak kepada kita jua....InsyaAllah.
Labels:
gtymawai_2009
Tuesday, November 17, 2009
Terima Kasih SK Mawai
Inilah wajah wajah guru yang telah berjaya dalam e-tukar dan akan bertukar ke negeri KEDAH. saya inggin mengucapkan terima kasih kepada semua warga SK Mawai yang telah banyak memberi pedoman sehingga saya banyak mempelajari pelbagai perkara...semoga kita semua akan berjumpa lagi..InsyaAllah..
Labels:
gtymawai_2009
Friday, November 13, 2009
Ilham Desa
Inilah khemah persiapan sebelum kedatangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia semperna Program Ilham Desa Wawasan.Bagi aku inilah pengiktifan kepada masyarakat desa khususnya di Kg Mawai bagi mendekatkan lagi komuniti kg dengan masyarakat luar//
Labels:
gtymawai_2009
Wednesday, November 11, 2009
Tuesday, November 10, 2009
Mengajar Murid murid "ORAS"
Minggu lps merupakan saat mencabar juga dalam hidup aku kerana diberi peluang plak mengajar murid murid ORAS atau orang asli kaum KANAK ini sb cikgunya tak datang malah dikatakan murid yang sukar di kawal.tp Alhamdulillah aku dapat control kelas dan murid murid ni dapat memahami pertuturan aku..sekarang barulah aku paham bahawa " kalau ingin megajar murid murid ini perlulah memahami keadaan diorang dahulu, kemudian barulah mengajar" InsyaAllah pasti kita dapat lakukanya dengan baik...
Labels:
gtymawai_2009
Sunday, November 8, 2009
Alhamdulillah,dapat Tukar ke KEDAH
TAHNIAH
Permohonan pertukaran ke Kedah diluluskan.
Surat kelulusan rasmi akan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri.
Sila pastikan anda telah menerima surat kelulusan pertukaran dari
Jabatan yang berkaitan sebelum melaporkan diri di sekolah baru.
Hari ini merupakan saat bermakna dalam hidup aku sebab berjaya mohon perkukaran ke Kedah semula.
Kepada semua rakan-rakan pendidik dan warga SK Mawai Kota Tinggi Johor SY ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan Tunjuk ajar.semoga kita berjumpa lagi.......Walau dimana kita berada..
Permohonan pertukaran ke Kedah diluluskan.
Surat kelulusan rasmi akan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri.
Sila pastikan anda telah menerima surat kelulusan pertukaran dari
Jabatan yang berkaitan sebelum melaporkan diri di sekolah baru.
Hari ini merupakan saat bermakna dalam hidup aku sebab berjaya mohon perkukaran ke Kedah semula.
Kepada semua rakan-rakan pendidik dan warga SK Mawai Kota Tinggi Johor SY ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan Tunjuk ajar.semoga kita berjumpa lagi.......Walau dimana kita berada..
Labels:
gtymawai_2009
Saturday, November 7, 2009
"Kalimah Allah"
Subhanallah...ini adalah kali pertama aku melihat " Kalimah Allah" yang muncul seketika di awan semasa masuk mahgrib ketika sedang bebuka puasa berhampiran jalan masuk Felda Ayer Tawar 2.Fenomena ini turut di saksikan oleh rakan rakan yang bersama aku iaitu kak ju bersama anaknya,siti. Aku rasa bersyukur sangat dapat melihat sendiri kebersaran Allah pada waktu itu.
Labels:
gtymawai_2009
Friday, November 6, 2009
"Insan Istimewa Tanggungjawab Bersama"
" Insan Istimewa Tanggungjawab Bersama" begitulah ungkapan bagi seseorang insan yang bergelar pendidik anak anak istimewa atau OKU ini.
Labels:
gtymawai_2009
Thursday, November 5, 2009
lawatan Unit Kesihatan ke Kilang Yakult N. Sembilan
Bestnya lawatan Unit Kesihatan Sek Keb Mawai Kota Tinggi Johor ke Kilang Yakult Negeri Sembilan.Bagi aku ini adalah salah satu usaha untuk memberi pendedahan kepada murid murid khususnya cara pemprosesan minuman kesihatan..
bersih sangat tempat ini...Semoga menjadi Kenangan Aktiviti Unit Kesihatan SKM
Labels:
gtymawai_2009
Wednesday, November 4, 2009
Tuesday, November 3, 2009
Buaya Jinak Kota Tinggi
ha...inilah benda menarik yang aku nak tunjukan.seekor anak buaya yang jinak dan mampu di sentuh oleh sesiapa sahaja...so kalau ingin mencuba jadilah datanglah ke Taman Buaya di Kota Tinggi
Labels:
gtymawai_2009
Saturday, October 31, 2009
TAWARAN KEMASUKAN MURID P KHAS SKM 2010
Makluman kepada semua penduduk kg mawai atau sekitarnya .Dapatkan segera borang pendaftaran kemasukan pelajar pend khas atau OKU sesi January 2010 ini di pejabat Sek Keb Mawai,Kota tinggi,Johor. atau hubungi Penyelaras Pend Khas: Pn Juminah Atan " Insan Istimewa Tanggungjawab Bersama"
Thursday, October 29, 2009
Monday, October 26, 2009
bertemu lagi..inilah adalah kejayaan salah seorang murid sk mawai kota tinggi,johor.yang telah berjaya dalam UPSR 2008.semoga menjadi pencetus semangat untuk warga pendidik dan juga murid murid skm 2009. .."kejayaan bukan sahaja terletak kepada pandainya seseorang dalam akademik tetapi juga melibatkan kesungguhan dan kerajinan kita untuk mencapai kecemerlagan"...musafir kehormat2009
Saturday, October 24, 2009
gty dalam kenangan
inilah tempat mengajar aku,dimana tempat aku mencurahkan bakti ,kenangan dan akt pendidikan khas ahun lepas, yang telah di jalankan
Tuesday, October 20, 2009
Sejarah Pekan Kodiang.........
HA...nAK tau
dialek tempatan yang asal berbunyi [kok diang]. Perkataan Kok Diang adalah asal dari loghat bahasa Siam yang bermaksud 'bukit merah'. Asal Kodiang ialah di Kampung Kodiang Lama terletak 1 km dari Simpang Empat Pekan Kodiang melalui jalan ke Jitra. Di Kodiang Lama inilah sebuah kampung yang berdekatan dengan Bukit Keplu dan Gua Kerbau, di sinilah yang dimaksudkan dengan bukit merah, di mana ketika musim kemarau, dapat dilihat bukit ini akan bertukar warna menjadi ke'merah'an kerana daun pokok yang terdapat di bukit bertukar menjadi merah dan kering.Bukit Keplu juga diambil dari Bahasa Siam, yang membawa maksud Bukit Sireh (Kok Plu)
Masyarakat di sini kebanyakannya tergolong dari bangsa Melayu Islam. Masyarakat Melayu Kodiang menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi mereka. Kebanyakan daripada mereka adalah pesawah padi dan penoreh getah. Kedai perniagaan dan Lorong Belakang Masjid didiami bangsa Hokkien dan Etnik Cina yang lain. Tidak terdapat penduduk asal dan lama yang menetap disini dari bangsa lain iaitu Siam atau India. Bangsa India hanya sebagai pekerja JKR atau Klinik Kesihatan. Bangsa Siam kebanyakan menetap di Padang Sera kerana di sana terdapat Watt Siam yang besar selain dari di Jejawi Perlis dan Watt yang kecil di Jalan Changloon dan Padang Sera.
Terdapat juga penduduk yang menetap di kawasan kawasan tali air yang kini dikenali sebagai PIDA.majoritinya adalah penduduk melayu beragama Islam yang berkerja sebagai persawah padi,dan disinilah aku dilahirkan sebagai anak kedah maka Bermulalah kisah blog aku........ikuti sabungannya
Sunday, October 11, 2009
RENUNGAN
Tinggalkan apa yang meragukanmu , kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu , sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan, dan dusta itu menimbulkan keraguan. (Attirmidzi)
Thursday, October 8, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)