Saturday, October 31, 2009

TAWARAN KEMASUKAN MURID P KHAS SKM 2010


Makluman kepada semua penduduk kg mawai atau sekitarnya .Dapatkan segera borang pendaftaran kemasukan pelajar pend khas atau OKU sesi January 2010 ini di pejabat Sek Keb Mawai,Kota tinggi,Johor. atau hubungi Penyelaras Pend Khas: Pn Juminah Atan " Insan Istimewa Tanggungjawab Bersama"

Monday, October 26, 2009


bertemu lagi..inilah adalah kejayaan salah seorang murid sk mawai kota tinggi,johor.yang telah berjaya dalam UPSR 2008.semoga menjadi pencetus semangat untuk warga pendidik dan juga murid murid skm 2009. .."kejayaan bukan sahaja terletak kepada pandainya seseorang dalam akademik tetapi juga melibatkan kesungguhan dan kerajinan kita untuk mencapai kecemerlagan"...musafir kehormat2009

Saturday, October 24, 2009

gty dalam kenangan


inilah tempat mengajar aku,dimana tempat aku mencurahkan bakti ,kenangan dan akt pendidikan khas ahun lepas, yang telah di jalankan

ini time sebelum raya yang lalu...inilah adik beradik aku 5 dari 10 beradik..semuanya laki.so senang la time raya tiap-tiap tahun

Tuesday, October 20, 2009


Sejarah Pekan Kodiang.........
HA...nAK tau
dialek tempatan yang asal berbunyi [kok diang]. Perkataan Kok Diang adalah asal dari loghat bahasa Siam yang bermaksud 'bukit merah'. Asal Kodiang ialah di Kampung Kodiang Lama terletak 1 km dari Simpang Empat Pekan Kodiang melalui jalan ke Jitra. Di Kodiang Lama inilah sebuah kampung yang berdekatan dengan Bukit Keplu dan Gua Kerbau, di sinilah yang dimaksudkan dengan bukit merah, di mana ketika musim kemarau, dapat dilihat bukit ini akan bertukar warna menjadi ke'merah'an kerana daun pokok yang terdapat di bukit bertukar menjadi merah dan kering.Bukit Keplu juga diambil dari Bahasa Siam, yang membawa maksud Bukit Sireh (Kok Plu)
Masyarakat di sini kebanyakannya tergolong dari bangsa Melayu Islam. Masyarakat Melayu Kodiang menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi mereka. Kebanyakan daripada mereka adalah pesawah padi dan penoreh getah. Kedai perniagaan dan Lorong Belakang Masjid didiami bangsa Hokkien dan Etnik Cina yang lain. Tidak terdapat penduduk asal dan lama yang menetap disini dari bangsa lain iaitu Siam atau India. Bangsa India hanya sebagai pekerja JKR atau Klinik Kesihatan. Bangsa Siam kebanyakan menetap di Padang Sera kerana di sana terdapat Watt Siam yang besar selain dari di Jejawi Perlis dan Watt yang kecil di Jalan Changloon dan Padang Sera.
Terdapat juga penduduk yang menetap di kawasan kawasan tali air yang kini dikenali sebagai PIDA.majoritinya adalah penduduk melayu beragama Islam yang berkerja sebagai persawah padi,dan disinilah aku dilahirkan sebagai anak kedah maka Bermulalah kisah blog aku........ikuti sabungannya

Sunday, October 11, 2009

RENUNGAN

Tinggalkan apa yang meragukanmu , kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu , sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan, dan dusta itu menimbulkan keraguan. (Attirmidzi)

Thursday, October 8, 2009

topik pertama

inilah topik pertama aku..