gambar 1:Dari Johor Bahru nak Ke Kota Tinggi Gambar 2: Panorama Kota Tinggi Gambar 3:Sebahagian dari banggunan sek yang bakal dibina Gambar 4: SK Mawai,Kota Tinggi dimana tempat yang paling best aku mengajar dan mendidik insan insan istimewa
Senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama. Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap).Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air. Jika ingin mendapatkannya bolehlah hubungi saya gty_mawai@yahoo.com
Akar keladi melirik Kasih, Selasih Tumbuh di Hujung Taman, Kalungan Budi Junjungan Kasih, Mesra Kenangan Sepanjang Zaman.
Untuk sahabat sahabat SKM,sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas dan kepada murid murid yang telah berjaya dalam UPSR hari ini serta murid yang tidak berjaya diharapkan agar terus berusaha dan tidak berputus asa kerana selagi kita berusaha pasti kejayaan akan berpihak kepada kita jua....InsyaAllah.
Inilah wajah wajah guru yang telah berjaya dalam e-tukar dan akan bertukar ke negeri KEDAH. saya inggin mengucapkan terima kasih kepada semua warga SK Mawai yang telah banyak memberi pedoman sehingga saya banyak mempelajari pelbagai perkara...semoga kita semua akan berjumpa lagi..InsyaAllah..
Inilah khemah persiapan sebelum kedatangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia semperna Program Ilham Desa Wawasan.Bagi aku inilah pengiktifan kepada masyarakat desa khususnya di Kg Mawai bagi mendekatkan lagi komuniti kg dengan masyarakat luar//
Minggu lps merupakan saat mencabar juga dalam hidup aku kerana diberi peluang plak mengajar murid murid ORAS atau orang asli kaum KANAK ini sb cikgunya tak datang malah dikatakan murid yang sukar di kawal.tp Alhamdulillah aku dapat control kelas dan murid murid ni dapat memahami pertuturan aku..sekarang barulah aku paham bahawa " kalau ingin megajar murid murid ini perlulah memahami keadaan diorang dahulu, kemudian barulah mengajar" InsyaAllah pasti kita dapat lakukanya dengan baik...
Permohonan pertukaran ke Kedah diluluskan. Surat kelulusan rasmi akan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri. Sila pastikan anda telah menerima surat kelulusan pertukaran dari Jabatan yang berkaitan sebelum melaporkan diri di sekolah baru. Hari ini merupakan saat bermakna dalam hidup aku sebab berjaya mohon perkukaran ke Kedah semula. Kepada semua rakan-rakan pendidik dan warga SK Mawai Kota Tinggi Johor SY ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan Tunjuk ajar.semoga kita berjumpa lagi.......Walau dimana kita berada..
Subhanallah...ini adalah kali pertama aku melihat " Kalimah Allah" yang muncul seketika di awan semasa masuk mahgrib ketika sedang bebuka puasa berhampiran jalan masuk Felda Ayer Tawar 2.Fenomena ini turut di saksikan oleh rakan rakan yang bersama aku iaitu kak ju bersama anaknya,siti. Aku rasa bersyukur sangat dapat melihat sendiri kebersaran Allah pada waktu itu.
Bestnya lawatan Unit Kesihatan Sek Keb Mawai Kota Tinggi Johor ke Kilang Yakult Negeri Sembilan.Bagi aku ini adalah salah satu usaha untuk memberi pendedahan kepada murid murid khususnya cara pemprosesan minuman kesihatan.. bersih sangat tempat ini...Semoga menjadi Kenangan Aktiviti Unit Kesihatan SKM
ha...inilah benda menarik yang aku nak tunjukan.seekor anak buaya yang jinak dan mampu di sentuh oleh sesiapa sahaja...so kalau ingin mencuba jadilah datanglah ke Taman Buaya di Kota Tinggi